Trip to TRAP

March 13, 2010 at 1:49 pm (Uncategorized)

           Ahh… Best betul bila dapat lepak ngan member – member time hujung minggu. Pergi jalan – jalan, tengok wayang lepas tu pergi main boling. Dah seminggu padat dengan assignments dan kelas, kena la jugak curi masa untuk relakskan minda, ye tak? Giler ke apa kalau asyik study jer kerjanya. Kita ni manusia laa bukan Robocop robot. ( Eh, Robocop study ker? Hurmmm… ) Hidup ni kena seimbang, study tu kena study jugak, main pun kena bersungguh – sungguh masa untuk diri sendiri pun mesti kena ada. Solat kena jaga, Al – Quran jangan tinggal. Jangan tahu baca jer tapi tak beramal. Baru hidup berkat. Wallawei… Ada nada nak bermotivasi plak kat sini… Alaaa… Kan bagus kalau kita saling memperingati? Well, hidup kat dunia ni bukannya lama pun. Sementara jer…

           Apa laa mukadimah punya panjang, entri kali ni Kay nak cerita pasal pengalaman pergi ke TRAP. Haaa…. Perangkap bukan sebarang perangkap, ini perangkap kasi relaks punya. Hehe. Mula – mula, on da way ke TRAP ni pelik gak sebab nampak signboard ke TRAP. Biar betul nak masuk perangkap. Buang tebiat ke apa? Lepas tu baru la tahu TRAP ni stands for Taman Rekreasi Air Panas. Tempat yang Kay pergi ni terletak di negeri Perak. Negeri kampung halamanku. Hoho. Ada masa usha awek jalan – jalan kat taman rekreasi tu pun masa cuti Raya Cina awal tahun ni. Tempat tu, fuh! Terbaik arrr… Landskap memang indah, berdekatan dengan kawasan gunung – ganang plak tu.

           Kalau nak diceritakan, tempat ni memang sesuai sangat kalau korang pergi bersama ahli keluarga. Kalau pergi dari Bidor, Perak, naik kereta dalam satu jam akan sampai kat taman rekreasi ni. Harga tiket pun berpatutan. Kalau tak silap bagi dewasa RM10 je kot. Kanak – kanak entah la… Mana nak ingat. Bukannya beli tiket kanak – kanak pun. Kay bukan kanak – kanak Ribena lagi… Ahahaha. Ehem, taman tu dibahagi kepada 2 kawasan, kawasan air panas untuk korang rendam – rendam jer… Satu lagi kawasan air sejuk. Kawasan ni dijadikan kawasan tema air. Ada gelongsor BESAR punya!!! Haha… Memang best. Walaupun masa Kay pergi sana Kay tak mandi pun, tengok orang mandi – manda pun dah rasa best. Masa tu Kay tak bawa baju lebih laa nak mandi… Adesss…

           Hurmm… Bercerita jer pun tak best. Mesti mau tengok gambar kan?

Main entrance…

Trem yang Kay naik untuk ke kawasan air panas. Harga naik trem kalau tak silap RM 2 jer…

Kalau tak nak naik trem, boleh guna laluan ni ke kawasan air panas tu. Tapi time ni cuaca panas sangat la. Tak kose den…

Jalan nak masuk pun macam ada kat taman bunga. Memang cun arr!!!

Ini pun antara laluan yang boleh lalu kalau tak nak naik trem…

Kalau korang rancang nak tinggal semalaman kat sini pun boleh… Ada rumah tumpangan yang kecik dan comel… Haha…

Kiri dan kanan suasana hijau yang menenangkan… 😀

Wallawei… Cun giler… Ye laa… Tempat ni pun baru jer buka…

Dah sampai… Let’s go!

Sebenarnya banyak lagi kawasan kolam air panas ni. Ni jer kolam yang dekat dengan tempat Kay lepak… Kawasan air panas nak rebus telur pun ada… Telur bukan sebarang telur ye… Hahaha…

Apa ke bangang ada jugak orang yang masuk kawasan ni…

Ni plak kawasan yang satu lagi…

Pergh… yang berbaju kuning ni macam satu team bola jer… Hahaha…

           Well, apa – apa pun, kalau nak rasa, kena laa pergi sana… Sebenarnya tak rugi kalau kita nak cuba sesuatu benda yang baru… ( Jangan cuba dadah atau rokok dah laa… Memang nak cuba benda baru laa sangat… Hampeh!! ) Kalau nak pergi tu, jangan pergi lewat sangat sampai dekat dengan tengah hari. Time Kay pergi pun ramai yang datang. Sesak wooo… Ye la, dah time cuti. Mesti laa sumbat.

P/S : Dah lama mengidam makan burger… Kena curi beli malam ni… Till next time… Assalamualaikum…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: