Beri komputer anda “bernafas” …

March 19, 2010 at 12:27 pm (Uncategorized) (, , , , , , , , , , )

           Hi readers, memang tak disangka minggu ni cepat betul berlalu. Hurmm… Maybe sebab Kay tak gunakan masa dengan sebaik – baiknya kot. Of course! Cuba korang gi buat benda yang korang suka, main game ke, main bola ke, mesti rasa  sekejap je dah habis. Tak puas hati langsung. Kalau boleh, rasa nak main sampai termuntah jer. Hahaha…

           Well, entry kali ni Kay nak share dengan korang pasal satu software yang pada Kay, amat berguna untuk setiap pemilik komputer. Software yang diberi nama timangan CCleaner. Apa kegunaan software ni? Kerap kali korang surf internet kan? ( Zaman sekarang, tak sah kalau korang tak sentuh komputer dalam sehari! ) Function software ni adalah untuk membersihkan file – file yang tak berguna dalam komputer korang. CCleaner jugak bersihkan segala jejak aktiviti online korang, contohnya Internet history.

           Kalau nak diikutkan hati, memang puas hati bila guna software ni sebab senang. Satu click jer dia dah boleh jalankan aktiviti pembersihan dia. Senang! Tak payah nak susah – susah setup ke apa ke… Masa untuk software ni habis menjalankan proses dia pun kejap je. Tapi bergantung jugak kat saiz file korang untuk dibuang. Kalau dah besar gedabak, ambil masa la jugak cik oi!

           Yang paling best, software ni tak ada spyware atau adaware! Yabedabedu!!! Hohoho… Klik untuk download file ni. Untuk korang yang guna browser selain dari Internet Explorer macam Mozilla Firefox, Opera,Google Chrome atau Safari, jangan bimbang. CCleaner ni boleh dijalankan untuk setiap browser tu. Cool kan? Bagi mengoptimumkan fungsi komputer korang, Kay cadangkan, setiap kali korang nak shut down komputer tu, run dulu CCleaner ni. Dengan cara ini, barulah komputer korang boleh “bernafas”. Yeah!

P/S : KFC ada menu baru. Nak gi try arr malam ni. Chow!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: