PES 2010?

March 5, 2010 at 1:42 am (Uncategorized) (, , , , , , , , , , , , , , )

 

            Assalamualaikum… Pergh… Punyalah sibuk study, sampai tak ada masa nak ber-blogging… Kay pun baru jer nak berjinak – jinak dengan dunia blogging ni… Tapi bukan ada niat yang tak baik, cuma nak kongsi pengamalan dan liku – liku hidup ni… Mana la tau boleh jadi panduan untuk orang lain… Lagipun, Kay berpegang ngan prinsip bahawa kita boleh pelajari kesilapan orang lain untuk kebaikan diri sendiri… Ye tak?

           Entry kali ni berkaitan dengan Pro Evolution Soccer (PES) 2010… Bagi yang minat ngan bola sepak memang wajib ada install game ni kat dalam komputer masing-masing… Kalau tak pun main kat PS jer… Bagi orang macam Kay yang dulu langsung tak ada dengan bola sepak pun boleh tersangkut dengan PES ni gara-gara pengaruh member… Boleh kata tiap-tiap malam bila dah letih study jer, salah sorang dari member bilik akan kata, “Wei, aku dah letih ni… PES satu match jom!!! “.  Apa lagi, yang tengah khusyuk study pun boleh tutup buku mengadap laptop jer… Member – member kat bilik lain pun join sekaki…

           Hurmmm… Apa laaa diorang ni. Bila dah gol satu, bergegar satu bilik… Mak ai… Macam mana laa nak study… Pakai earphone pasang lagu kuat-kuat pun boleh dengar suara member memekik macam nak beranak… Hahaha… Disebabkan mood nak study pun dah kurang, Kay pun join 2 kaki tengok diorang main PES… Bila dah lama main, last-last Kay tersangkut jugak dengan game ni… Memang terbaik bro… Cuba bayangkan, Kay yang tak minat dengan bola sepak ni pun dah boleh suka main bola sepak ( walaupun still kaki bangku ) Hohoho… Daripada kenal Cristiano Ronaldo sorang jer, sekarang ni dah macam-macam player Kay kenal…

           Sebelum ni, bila member semua sembang pasal bola sepak Kay memang tak dapat nak masuk pun dengan perbualan diorang… Yela, dah tau sikit jer pasal bola sepak ni, apatah lagi bila diorang sembang pasal EPL. Rasa macam member – member Kay tengah cakap dalam bahasa asing yang Kay sendiri tak faham. Untuk kes ini, PES yang selamatkan Kay. Yes!!! Hehe… Dah semakin rapat dengan member melalui PES… Lagipun, kalau diorang nak menang dengan senang, memang diorang akan panggil Kay lawan diorang.. (Tunggu laa… Nanti Kay dah power mampus arr korang suma… Hahaha!!! )

           Kat luar sana banyak version game untuk bola sepak macam Winning Eleven, Fifa dan sebagainya… Tapi percaya laa, cara permainan PES ni memang lain dari yang lain. Mungkin ada sedikit yang sama dengan Winning Eleven, tapi PES ada kelebihan yang tersendiri. Setiap player yang dipaparkan pun memang detail dan nampak macam betul jer. Cara permainan pun lancar dan banyak pilihan strategy permainan untuk pasukan. Memang terbaik!  Memang tak rugi korang main game ni. Check the game trailer.

P/S : Semalam menang main PES dengan member 3-0… Huha!

Edited : Dengar kata FIFA 2010 best… Got to check it out!

Permalink Leave a Comment

« Previous page