Hasad Dengki

March 12, 2010 at 8:32 am (Uncategorized) (, , , , , )

           Tahniah kepada mereka yang berjaya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru diumumkan baru – baru ni. Cayalah korang! Segala usaha penat lelah korang memang membuahkan hasil. Sebenarnya, apa yang korang buat, itulah apa yang korang patut dapat. Macam kata Mahatma Ghandi, “Kepuasan sebenar bukan terletak pada kejayaan, tetapi usaha gigih untuk mencapai kejayaan tersebut”. Bila dipikirkan balik, memang betul apa yang tokoh dunia tu katakan. Bagi sesiapa yang dah berusaha penat lelah buat yang terbaik tapi masih tak dapat apa yang diinginkan, jangan bersedih hati. Percayalah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Jangan sesekali mengaku kalah walau apa pun yang berlaku. Lagu khas untuk menaikkan semangat anda yang sedang tidak bersemangat… Hehe..  D’ Masiv – Jangan Menyerah

           Di sebalik kejayaan seseorang atau mana – mana kumpulan, mesti ada yang tak puas hati. Tak kira la bangsa apa pun. Mesti ada yang pernah rasa tak puas hati kat orang lain. Ye la, orang lain naik nama, dapat ganjaran. Siapa yang tak nak kan? Lepas tu, apa lagi… Cemburu tak bertempat laa… Adesss… Ni la antara penyakit masyarakat kita yang susah nak dihapuskan. Tak boleh langsung tengok orang lain lebih sikit dari diri sendiri. Lepas tu mula la cari jalan nak merampas kelebihan atau menjatuhkan orang tersebut. Apa punya perangai laa… Macam babun!

           Tapi yang masalahnyer, sesetengah orang yang dapat kelebihan tu plak yang memburukkan lagi keadaan. Dah tau dia lebih dari orang lain, tak payah la nak berbangga – bangga diri sangat. Tak elok riak woi! Dah dapat nikmat tu bersyukur la supaya ditambahkan lagi nikmat yang dah dapat. Ini tak. Sakitkan hati orang lain jer sebabkan perangai yang suka meninggi diri. Tak ada siapa yang suka orang sombong dalam dunia ni. Sedar la diri tu sikit. Come on la. Hidup kat dunia ni tak lama. Hanya sementara. Tak guna nak berhasad dengki terhadap orang lain. Kay bukannya marahkan sesiapa. Cuma nak tegur sikap masyarakat kita ni yang tak senang duduk kalau ada orang lain yang lebih sikit dari dia sendiri.

          Masalahnya berpunca dari diri sendiri jugak. Cuba ambil masa fikirkan balik. Apa yang orang lain peroleh tu hasil dari usaha dan titik peluh sendiri. Kat dunia ni, mana ada jalan mudah nak berjaya. Kalau ada la, semua orang jadi kaya dan hidup senang lenang kat dunia ni. Tak payah pergi sekolah belajar pun takpe. Senang hidup. Tiap – tiap hari duduk rumah lepak makan pop corn tengok TV sambil online main game pastu layan Facebook jer laa kalau macam tu.( Apa punya aktiviti daa… ) Ye tak? Hehe. Jangan harap la nak berjaya kalau tak nak berusaha. Melainkan korang hidup ni, sejak lahir lagi memang selalu dapat durian runtuh. Ini tauke kedai durian ni. Hohoho…

           Perasaan dengki ni sebenarnya bukan sahaja memberikan kesan buruk kalau nak diikutkan. Kalau kita lihat di sudut yang sebelah lagi, memang ada kebaikannya. Cuba korang jadikan perasaan dengki tu sebagai motivasi diri. Perasaan tak boleh tengok orang lebih sikit dari kita tu bagus kalau kita ada semangat yang kompetitif untuk bersaing dengan cara sihat. Ini macam baru betul bro! Percayalah, dengan setiap usaha yang kita pertaruhkan untuk setiap saat yang kita ada, kejayaan akan menyusul. Jangan sesekali menilai prestasi diri sendiri berdasarkan pencapaian yang lepas. Semua tu dah tak kira la beb! Apa yang penting sekarang korang merancang masa depan dengan baik sebab apa yang korang buat sekarang akan menentukan masa depan.Bukannya kejayaan yang korang dah pernah capai. Got it? Well, it’s time to change!

P/S : Masa hujan best dengar lagu jiwang – jiwang… Hehe…

Permalink Leave a Comment