Sedih download file lambat?

March 6, 2010 at 1:26 pm (Uncategorized) (, , , , , , , , , , , , )

           Adesss… Petang tadi hujan plak… Tak sempat nak main basketball puas-puas. Tapi takpe, Kay percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Itu la manusia, tak pernah nak puas hati. Bila panas sangat, nak minta hujan. Bila dah hujan, nak cuaca cerah. Adoyai…

           Apa-apa pun, kali ni Kay nak share ngan korang suma satu tip. Masing – masing dah sedia maklum kita sekarang dah maju wei. Nak capai internet tu senang bangat. Guna handphone pun korang dah boleh melangkaui dunia tanpa sempadan. Selari dengan kemajuan sekarang, jangan sampai jadi katak bawah tempurung sudah. Jangan sampai orang tanya apa itu internet korang buat muka seposen pastu blah macam tu jer. Hoho.

           Bila dah ada internet ni memang tak sah kalau korang tak pernah download sesuatu file, kan? Korang mesti rasa serabut giler bila nak download file macam file mp3 kat internet tapi lambat tahap cipan. Bagi korang yang ada pengalaman macam tu, jangan risau. Kat sini Kay ada penyelesaian yang mungkin boleh membantu. Pernah dengar Internet Download Manager (IDM)? Kalau dulu tak pernah, sekarang dah pernah dengar la… Hehe… Antara kelebihan IDM , software ni beroperasi dengan download file secara bahagian-bahagian, senang citer, download speed korang makin laju laa… Tapi download speed korang pun bergantung kepada internet speed yang korang langgan. Itu sudah mesti!

           Tapi contoh kat atas ni bukan akan sentiasa berlaku bila korang guna IDM ni untuk download mana-mana file. Seperti yang Kay cakap tadi, bergantung kepada internet speed yang korang langgan. Satu lagi kelebihan IDM, korang boleh download terus video-video kat Youtube dengan senang. Contoh, bila korang tengah tunggu video kat Youtube untuk streaming, satu bar kecil (bar IDM download) akan muncul kat bahagian atas sebelah kanan video korang tu. Satu klik jer kat butang tu dan korang boleh terus download video yang korang nak. Cool kan? Korang boleh download file IDM ni. Password  :  www.thehotzone.org

Have fun downloading!

P/S : Minggu ni minggu yang sibuk dengan assignment. Penat doe…

Advertisements

Permalink Leave a Comment