He is at the TOP!!!

March 16, 2010 at 4:17 pm (Uncategorized) (, , , , , , , , , , )

Kenichi Tago ( Japan ) VS Datuk Lee Chong Wei ( Malaysia )

Adoyai… Baru – baru ni Kay kena food poisoned plak… Adesss… Dah laa ada test Physics pagi tadi. Memang mengganggu tumpuan jer nak baut report. Tapi apakan daya, benda dah nak berlaku. Hurmmm, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Siapa yang tahu?

Baru – baru ni rakyat Malaysia seronok terkinja – kinja ( Kay sorang jer kot… Haha… ) dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran juara All England. Pergh. Perlawanan malam tu memang membuatkan Kay langsung tak senang duduk. First set lagi dah ketinggalan. Memang Kay boleh nampak lagi masa tu Datuk Lee Chong Wei masih tak dapat rentak permainan Kenichi Tago. Huh? Kenichi Tago? Memang satu nama yang langsung tak popular di arena badminton ni. Tapi percaya la, diam – diam ubi berisi. Dia ni bagi Kay seorang pemain badminton Jepun yang ada potensi. Muda lagi plak tu. Cerah masa depan dik oi!

Kejayaan Kenichi Tago ni memang memeranjatkan semua sebab dalam kejohanan ni, banyak lagi pemain – pemain yang ternama turut serta macam Bao Chun Lai, Lin Dan, dan Soni Dwi Kuncoro. Memang pada mulanya dah ingat Lin Dan akan bertemu lagi dengan Chong Wei kat final. Tapi Lin Dan kalah di tangan Bao Chun Lai, dan paling terkezut, pemain darah muda Kenichi Tago plak yang mengalahkan Bao Chun Lai. Mak ai… Berdebar – debar gak bila dapat tau Kenichi Tago yang jadi lawan Datuk Lee Chong Wei peringkat akhir. Bukan selalu nampak pun kelibat mamat sorang ni kat TV.

Malam perlawanan tu ingatkan boleh tido awal lepas tengok perlawanan akhir perseorangan lelaki. Tak sangka plak perlawanan sebelum tu hangit sengit jugak. Sampai rubber set. Tapi, demi nak tengok jaguh negara beraksi, sanggup jugak Kay sengkang mata ni. Semangat wei… Malam tu kira bergegar satu rumah jerit bila saat – saat Datuk Lee Chong Wei nak meraih kemenangan. Huhu… Kat sini Kay nak minta maaf kat housemate Kay yang sorang lagi iaitu Nathan yang probably tengah tidur masa kitaorang memekak sorak tengah – tengah pagi buta. Nak buat macam mana kan? Dah excited sangat. Apsal tak join sekali bro?

Yang Kay kurang puas hati sebab sistem pengadilan dalam sukan ni. Ini cuma pandangan Kay jer. Tak ada niat nak melawan. Kalau diikutkan betul – betul, mata yang last sekali tu sepatutnya Kenichi Tago yang dapat. Kay langsung tak ada niat nak berpihak pada sesiapa. Serius! Kat sini Kay berpandangan seadil yang mungkin. Siapa yang puas hati bila keputusan berat sebelah, kan? Pernah jugak Kay terpikir, kalau dalam sukan tenis, diorang ada gunakan teknology ‘eagle eye’ supaya senang diorang nak tentukan sama ada bola masuk atau keluar. Kalau berdasarkan had kemampuan manusia, memang kita tak dapat nak tengok betul – betul. Tapi kalau dah guna kamera, takde siapa yang boleh bantah keputusan tu. Dah terpampang depan mata. Haa… Senang citer. Takde nak gaduh – gaduh. Well, harap – harap pengadilan dalam apa – apa sukan pun lepas ni tak ada langsung yang berat sebelah. Baru la semua pihak puas hati. Weee~

Apa – apa pun, setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada hero negara, Datuk Lee Chong yang telah berjaya mengharumkan nama negara sekali lagi dalam bidang sukan badminton. Cayalah Datuk Lee Chong Wei. Teruskan kejayaan ini sehingga ke peringkat yang diimpikan. Kay sebagai peminat sukan badminton tak sabar nak tengok ikon kita ni dalam perlawanan akan datang, lebih – lebih lagi bila bertemu dengan musuh ketat, Lin Dan. Harap – harap dapat tengok perlawanan yang memang fight habis! Yay!

P/S : Semoga pemain beregu dan perseorangan wanita pun dapat terus menjadikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei sebagai contoh terbaik dalam arena badminton ini… Till next time, see ya!

Advertisements

Permalink 5 Comments