Saat Internet Dilayari…

April 16, 2010 at 11:03 am (Uncategorized) (, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , )

            Duduk sorang – sorang kat apartment time cuti ditemani dengan rakan – rakan yang tidak selalu aku ketemu. Memang dioranglah rakan sejati yang sanggup menemani Kay selama 10 hari cuti ni. Thanks kengkawan semua! Walaupun begitu, di saat korang menunjukkan kehadiran korang, terpaksa aku bunuh!  Sedar diri sikit, korang tu dah la lipas! Adeh… Tak kose nak layan! Hehe…

           Entri kali ni Kay nak share ngan korang semua apa site yang Kay akan for sure buka bila ada keizinan untuk guna internet. Memang boleh kata wajib buka site ni selain dari buka Facebook dan juga check email. Ok! Pendek cerita, jom tengok antara sites yang menjadi pilihan Kay masa surf Internet… Zass~

1. Youtube

           Tak boleh nak dielakkan ar Youtube. Nak tengok kartun ke, video yang lawak ke atau seram, semua kat site ni. Youtube laa antara penyembuh utama kebosanan tahap cipan (selain baca Al-Quran…Ha, ni lagi penting! Hehe…) Tapi, apa yang korang key in dalam kotak search kat Youtube? Ramai yang tak tahu video – video yang boleh dilayan sampai berguling – guling kat atas lantai.

           Antara yang Kay selalu nantikan update dari Youtube ialah Smosh (click untuk website Smosh). Asalnyer video ni terdiri daripada 2 orang remaja yang otak gila dan kreatif tahap gaban! Haha.. Memang gelak tak kering gusi beb! Smosh dah capai at least 1 juta views untuk setiap video diorang. Diorang ni gak pernah menang anugerah YouTube untuk videos yang paling popular. Tapi bila Kay cakap kat kengkawan pasal Smosh, sorang pun tak pernah dengar. Agaknya apa laa kengkawan Kay search kat YouTube ea? Hurmm… 

           Antara favourite videos dari Smosh bagi Kay adalah Anthony Is Mexican , The Assassin (yang ni Part 1) , Replacement Needed (Part 2 ) , Reunited  ( Part 3 ), Best Car Ever , License Test dan Dolls . Ada banyak lagi yang boleh buat korang gelak sorang – sorang macam orang gila. Search je laa k…   Yang ni satu lagi, FailBlog.org . Amaran Kay, tengok semua video ni atas budi bicara sendiri k. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Haha… Jangan risau, takde yang sampai memesongkan iman.

2.  JustKhai.com

          Penulis yang menggelarkan diri beliau Khai ni merupakan salah satu blogger yang menjadi pujaan ramai blogger lain. Hehe. Ramai yang menyimpan cita – cita untuk menjadi blogger disebabkan tunjuk ajar dan rangsangan yang Khai bagi menerusi blog beliau. Termasuk Kay sendiri. Yay! Gaya penulisan blog Khai yang bersahaja dan ringkas menarik ramai pembaca setiap hari. Khai ni antara full-time blogger yang tak kedekut ilmu dan banyak menyatakan pendapat dan teguran beliau sendiri. Macam Kay,  sekali korang gayut kat JustKhai.com , boleh jadi korang akan visit blog ni setiap kali korang buka internet. Automatik! Tak tahu laa jampi apa si Khai ni guna. Hehe.

3.   Oh! Tidak

           Firstly, kena bagitahu yang website ni jugak didirikan oleh saudara Khai, tuan empunya blog JustKhai.com . Website Oh! Tidak  ni bagi Kay sendiri banyak benda – benda pelik yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan. Kalau yang kelakar tu memang kelakar sangat, yang pelik pulak terlebih pelik. Kandungan yang dipaparkan untuk website ni ada yang terlalu extreme bagi sesetengah orang. Site ni kalau diikutkan tujuan sebenar sebagai pengajaran dan hiburan untuk penuhkan masa jer. Korang jangan salah guna sudah. Kay bagi amaran jer, kalau tak tahan sesuatu yang menjangkaui batas diri atau something yang extreme, sendiri mau pikir le…

4.    Gelihati.blogspot

           Sebagai seorang yang gemar perkara – perkara lucu, ni antara website yang wajib Kay layan. Fuh! Memang sure ketawa berguling – guling macam orang kurang siuman. Hehe… Maybe tak laa sampai peringkat tu tapi boleh jer nak isi masa selain layan Facebook jer. Kan?

           Setakat ni, tu jer yang Kay boleh fikirkan. Kalau nak diikutkan, rasanya ada lagi website yang best – best tapi jarang buka sebab tu tak ingat masa entri ni sedang ditulis. Kay kalau nak post something, Kay taip tanpa henti je apa yang terlintas dalam kepala ni. Oklah until next time, Assalamualaikum…

P/S : Oh kengkawanku (bukan lipas, kawan real) sekalian, cepat laa korang balik kat apartment ni. Kalau lagi 5 hari macam ni, boleh mati kebosanan den. Hehe…

Advertisements

Permalink Leave a Comment