Bahasa Inggeris

March 26, 2010 at 2:58 am (Uncategorized) (, , , , , , , , , , , )

           Howdy readers, dah lama gak Kay tak luangkan masa untuk post something kat dalam blog ni. Kay sekarang tak ada cukup masa untuk buka komputer pun. Asyik busy jer dengan exam dan IELTS test. Wew! kepada sesiapa yang tak tahu, IELTS stands for International English Language Test  System. Ada banyak jenis test yang perlu dilalui untuk IELTS ni. Antaranya speaking, reading dan writing test. Sebenarnya post kali ni Kay nak tekankan sikap masyarakat kita terhadap Bahasa Inggeris.

           Semua orang tahu bahasa Inggeris ni bahasa yang digunakan di seluruh dunia. Jangan cakap arr kenapa, memang berguna sangat bila dah sampai masa untuk minta kerja atau lebih – lebih lagi bagi yang nak study abroad. Cuma yang sedihnya, masyarakat kita ni salah anggap dengan penggunaan bahasa Inggeris. Ye la, korang kata bahasa penjajah, buat apa nak belajar. Wrong! Memang laa bahasa jiwa bangsa. Tapi trust me, in future, korang akan memerlukan skill untuk fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

           Kay ada sorang kawan, bukan laa nak kata sesiapa atau sengaja menjatuhkan maruah dia, tapi sebagai pengajaran kepada semua jugak terutama bagi yang baru jer lepas dapat keputusan SPM sebab korang akan melalui interview. Sorang kawan Kay ni dia selalu cakap buat apa la belajar Bahasa asing ni, Bahasa Melayu masa kat sekolah pun failed. Ini plak nak belajar bahasa Inggeris. Orang yang berpandangan negatif ni patut campak kat laut jer. Cakap langsung tak berfikir tentang keadaan semasa. Lepas dia kena interview dalam English, baru nak gelabah tak bertempat. Ha! Amik ko! Kay sebenarnya bukan nak melebih – lebihkan Bahasa Inggeris ni tapi bila dah lalui banyak ujian terutamanya speaking, baru tahu penting untuk menguasai bahasa ni. Pengalaman tergagap – gagap masa speaking, blank la, macam – macam lagi. Gelabah wei! Baru nak start speaking setiap hari. Huh!

           Lepas ni korang especially kepada mereka yang nak apply untuk dapat scholarship untuk lanjutkan pelaran, korang perlu lalui interview. Hah! Kalau tak prepare, memang hancus arr korang. Mostly, interviewer tu akan berkomunikasi dengan korang dalam bahasa Inggeris, kekadang tu ada juga yang guna bahasa Melayu. Apa yang penting, korang perlu bersedia dengan kemahiran berbahasa Inggeris sejak mula lagi. Cakap setiap hari dengan kawan – kawan dalam English. Kalau tak boleh full pun, sikit – sikit pun jadi laa. Biar ada sedikit daripada langsung tak ada kan? Lantak la orang nak kata apa. Memang diorang suma tu tak berfikiran terbuka. Buat – buat pekak jer bila orang kata ” Ala, nak menunjuk – nunjuk cakap English plak “. Gi mampos kat orang yang cakap macam tu. Haha. 

           Sebenarnya, Kay sarankan korang bukan sahaja memahirkan diri dalam bahasa Inggeris jer, bahasa lain pun kalau boleh. Fikir sejenak apa yang korang rugi kalau korang bagus dalam bahasa lain. Takde langsung! Kay pernah berpegang pada pendapat seorang guru di China yang meningatkan kepada para pelajarnya, ” Kita belajar bahasa Inggeris sebab kita kesian kepada mereka yang tidak tahu bahasa kita” Yeah! Ada betulnyer… Lagipun, Kay kagum dengan orang yang boleh berkomunikasi dalam banyak bahasa. Tak ke jauh orang macam ni boleh pergi? Satu dunia boleh wei!

          Ada banyak cara korang nak improvekan bahasa Inggeris. Zaman sekarang zaman internet la beb, banyak cara. Free plak tu! Antara website yang Kay syorkan adalah LearnRealEnglish. Untuk website ni, korang just isi email korang kat sebelah kanan page tu dan submit. Dia akan hantar email setiap hari, kemudian setiap minggu. Korang just follow apa yang dia post kat email. Kalau nak tambahkan sumber rujukan, Google jer… Hehe… Apa yang penting, korang berterusan dalam sesuatu pekerjaan. Mana ada jalan singkat nak berjaya. Selamat belajar!

P/S : Kay nak belajar bahasa Spanish sebagai bahasa ketiga.  >:)

Permalink Leave a Comment