Tahu tak?

March 7, 2010 at 9:00 am (Uncategorized) (, , , , , , , , , )

           Dalam kesibukan nak exam lagi dua minggu ni sempat jugak Kay curi masa untuk post sesuatu kat dalam blog ni. Ye la, kalau belajar 24 jam, tak sumbat la plak otak ni nanti. Tuan badan jugak yang susah. Alaa, lagipun kena ada masa untuk rehatkan minda ni. Tak boleh stress sangat…

           Oklah, dengan masa yang terhad yang Kay ada sekarang, Kay nak share something yang korang mungkin tak tahu. Kalau dah tahu, refresh balik laa. Hehe… Apa yang Kay nak kongsikan ni pun maklumat yang Kay dengar. Hurmmm, boleh percaya tak?

1.            Kenal tak Bill Gates? Mesti la kenal kan. Orang kuat Microsoft tu. Apa yang best sangat pasal dia ni? Well, kalau tak silap Kay, selepas buat pengiraan, dikatakan gaji dia ni 250 Dollar satu saat!!! Mak ai… Kalau dia terjatuh duit 1000 Dollar kat atas lantai,kemudian mengambil masa 4 saat untuk ambil balik duit tu, semestinya masa 4 saat tu dah cukup untuk cover duit 1000 Dollar dia tu. Fuh! Tapi, duit banyak – banyak pun tak berguna kat akhirat nanti. Ye tak? Apa laa dia buat duit banyak banyak masa dia hidup ni ea? Hurmmm…

2.           Bagi orang yang merokok, korang tahu tak kalau korang merokok dekat dengan orang lain ( bermaksud orang di sekitar tu jadi perokok pasif laa ) setiap 4 batang rokok yang korang hisap, orang di sekitar tu dikira telah hisap sebatang rokok! Bagi Kay, kalau korang susah sangat nak tinggalkan amalan tu, sekurang – kurangnya korang hormatilah orang lain yang tak merokok. Tak pasal – pasal plak diorang dapat penyakit. Kesian laa kat orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Adesss…

3.           Nak tanya sikit, dalam bilik air, korang ada letakkan berus gigi tak? Hakikatnya, kebanyakan dari kita buat sedemikian. Tapi apa fakta yang terselit di sebalik perkara yang Kay nak katakan ni? Setelah dilakukan kajian, bakteria yang terdapat pada bahan buangan korang berpotensi berada dia kawasan berpusat 1 meter dari mangkuk tandas. ( Ye la, tak kan korang buang bahan buangan kat singki plak… Hahaha… ) Pendek kata, kalau korang letak berus gigi dekat dengan mangkuk tandas kira – kira jaraknya dalam 1 meter, bakteria tu memang ada kat berus gigi korang. Wuuuu~   tak boleh bayang. ( Minta maaf kalau ada pihak yang rasa tak senang hati dengan fakta ini ). Tak apa, sekurang – kurangnya korang dah tahu.

High graded plastic bottle…

High graded metal bottle…

Yang ini tak boleh isi banyak kali…

4.           Bahaya kalau korang isi semula air ke dalam botol air mineral melebihi 7 kali isian. Ini apa yang Kay belajar,mungkin kurang daripada tu. Kalau isi air semula kat botol air yang bahan plastik nipis, ada bahan kimia yang akan dilarutkan sekali dan boleh membawa bahaya kepada kesihatan. Kalau nak selamat, beli botol air yang tinggi gred bahannya. Botol air yang diperbuat dari logam pun boleh guna. Tapi, kena tengok betul – betul sebelum beli botol air. Jadi, berjaga- jaga la. Walaupun korang tak nampak kesannya sekarang, tapi akan memberikan kesan jangka masa panjang. Penting woo belajar Kimia. Hehe…

P/S : Ilmu ni memang sangat penting. Pesan Kay, dah berilmu tu, kena la beramal ok…

Advertisements

Permalink 2 Comments