Interview… Cuak?

April 2, 2010 at 2:59 pm (Uncategorized) (, , , , , , , )

          Assalamualaikum readers… Hari ni hari Jumaat, esok cuti so malam ni ada laa sedikit masa terluang Kay untuk berblogging.  2 – 3 hari yang lepas ada exam, mak aih… tak sangka plak susah. Nak buat macam mana kan. Kay reda jer. Anggap semua ni ujian yang mesti dilalui sebagai salah satu liku dalam hidup ni.. Mujur trial jer, kalau dah final exam, gigit jari la wei…

            Ok, entri kali ni Kay nak share ngan readers tips – tips untuk interview. Dengar cerita ramai yang nak gi interview MARA la, JPA la. So, Kay akan share sedikit sebanyak pengalaman yang pernah Kay lalui masa interview dulu. Dulu Kay apply MARA,Petronas dan PNB jer. Kalau korang larat, korang apply jer banyak – banyak. Nanti kalau dapat banyak tawaran, senang la nanti korang nak pilih ikut kemahuan korang. Dah sampai peringkat ni, korang dah kena pandai fikirkan masa depan, jangan tersalah pilih course yang korang tak minat sudah. Nanti menyesal! Ok, sekarang jom start ke bahagian preparation untuk interview :

1.           Yang paling penting, korang kena pandai bahagikan masa untuk siapkan semua dokumen – dokumen yang kena bawa nanti masa hari interview. Salinan sijil, IC ke apa ker, letakkan dalam satu fail. Susun kemas – kemas. Kalau ada yang kena bawa salinan sijil – sijil untuk masa interview nanti, cuba korang letak tajuk bagi setiap section kat dalam file tu supaya lebih teratur. Contohnya macam ni, kat bahagian depan tu, letak satu muka surat jer bertulis “Akademik” lepas tu korang selitkan semua salinan sijil – sijil akademik yang korang ada lepas tu. Diikuti plak dengan bahagian “Kokurikulum” dan seterusnya. Ikut kreativiti korang la tapi jangan sampai banyak section plak. Tak pening plak interviewer tu nanti. Apa korang ingat interviewer tu nak buang masa dia sehari tu nak tengok semua sijil korang? Adess…

           Kalau ada yang kes banyak sangat sijil sampai guna 2 – 3 file tu, korang pilih jer antara sijil pencapaian terbaik korang. Tak perlu banyak – banyak sangat sijil. Satu file jer dah cukup untuk bawa masuk bilik interview nanti. Kemudian, surat pengesahan panggilan temuduga, dokumen – dokumen yang korang kena print, bawa jer semua walaupun dalam checklist (kalau ada dia bagi )tak ada. Nanti kalau tetiba plak pihak yang nak interview korang tu nak, tak laa menggelabah sampai nak berguling – guling. Hehehe…

2.           Pastikan apa yang korang kena isi dalam setiap borang korang isi bagi habis. Siapkan paling lewat pun 2 hari sebelum interview. Buat apa nak bertangguh – tangguh? Tak ada guna langsung. Kay cakap berdasarkan pengalaman Kay masa interview dulu. Dekat floor tempat interview Kay tu ada 2 groups. Kay group 1 dan setiap group ada 4 orang. Yang jadi kes nyer, group satu lagi tu, sebelum interview lagi dah kecoh. Bilik interview antara group kitaorang tak jauh. So, boleh dengar la peperangan yang berlaku. Ada sorang budak lelaki ni, giliran dia yang pertama untuk diinterview. Tiba – tiba plak dia minta giliran dia jadi last. Yang interviewer tu tanya la apsal, dia kata ada sikit lagi yang dia nak isi kat dalam borang. Then interviewer tu tanya dia la, “So tak ready nak diinterview la ni? Macam ni ke nak jadi scholar?!” Haa… Amik ko.. Kan dah kena.. Tu laa.. Apsal tak tak ready dari awal – awal lagi. Ish… Kan dah makan diri sendiri… Selalu ingat, beringat sebelum kena ok!

3.           Aspek lain yang perlu korang tekankan adalah pemakaian. Yang ni jangan kata la. Memang memainkan peranan yang tinggi. Interviewer tu expect korang seorang yang berkeyakinan dari segi dalaman dan luaran. Apa yang korang pakai akan memberikan persepsi yang macam – macam kat interviewer tu. Jadi, pastikan korang impress diorang dengan pemakaian yang sesuai. Jangan pakai selipar Jepun sudah. Apa korang ingat? Ini formal tau. Bukan nak pergi jamban, Hahaha… Bagi yang lelaki, pastikan korang pakai baju kemeja yang berwarna cerah, jangan sesekali korang pakai yang berwarna gelap. Ini semua psikologi jer ni. Kalau nak datang interview, kena la ada elemen yang ceria, tak gitu?

           Tali leher plak pastikan elegen dan sesuai dengan warna kemeja yang korang pakai. Jangan ada gambar pelik – pelik kat tali leher tu. Ingat! Korang kena bagi best impression pasal diri korang kat interviewer tu sejak korang masuk jer bilik interview tu. Seluar slack yang gelap, hitam atau blue black dan kasut hitam yang berkilat! Oh yeah… Ada ala – ala Man In Black gitu. Hehe… Kalau korang ada blazer atau kot, itu adalah pilihan masing – masing. Lagi nampak smart kalau korang pakai blazer atau kot. Time Kay gi interview dulu pun Kay pakai kot. Apa – apa pun, itu terserah kepada korang. Bagi perempuan, lebih baik kalau korang pakai baju kurung warna cerah, bertudung, kasut hitam. Masa Kay dulu, ada gak nampak budak perempuan pakai baju kurung lepas tu pakai blazer kat luar. It’s up to you. Yang penting bagi perempuan ni, jangan pakai makeup tebal – tebal sudah. Bukannyer korang nak gi jadi model. Ahaks!

4.          Dokumen sudah, penampilan diri sudah, sekarang kita pergi kepada bahagian Q&A (Questions and Answers) bersama interviewer. Kat sini la kemahiran berbahasa English korang ada diuji. Apa perlu buat? Relaks. Pastikan korang buat latihan cakap bahasa Inggeris ni dengan secukupnya sebelum korang melangkah masuk ke dalam bilik interview. Buat apa saja cara yang korang rasa sesuai dengan diri korang. Bercakap depan cermin ke, apa ke, tak kisah. Soalan mukadimah yang biasa ditanya adalah tentang diri sendiri la. Introduction pasal diri sendiri. Ini memang soalan bocor. Hoho… Jangan buat benda yang tak sepatutnya korang buat bila korang nak apply scholarship. Contohnya, bila dia tanya soalan self introduction, korang jawab, ” My name are bla bla bla…. ” Starting pun dah silap grammer. Adeh… Parah macam ni. Kalau bagi Kay, better kalau korang hafal dulu bahagian introduction ni dalam bahasa Inggeris supaya korang tak pressure nak speaking dari mula lagi. Practice makes perfect!

5.           Buat research tentang University yang korang nak apply. Misal kata korang nak apply belajar di oversea, kena la tahu sedikit sebanyak pasal University yang korang nak pergi tu. Kan kat dalam borang tu ada negara pilihan untuk belajar kat luar negara? Then, buat research sebanyak mungkin pasal bidang yang korang nak ambil. Contohnya macam Kay. Kay ambil bidang Chemical Engineering, so Kay kena tahu University mana yang provide best facilities untuk belajar dalam bidang yang Kay ambil. Kemudian bagi high achievers, yang dapat results bagus dalam SPM, korang kena target Universiti yang bagus – bagus. Tapi ikut keadaan jugak. Haritu, Kay kena tanya soalan, ” Awak ni straight A’s kenapa tak pilih pergi Harvard tapi pilih Universiti lain? ” Haa… Korang kena pandai bagi reason sebab apa. Lepas tu kalau tak silap, soalan tentang apa yang korang nak sumbang berdasarkan course yang korang ambil, dan tak pernah dibuat oleh orang lain kat dalam dunia ni. Boleh dikatakan semua soalan – soalan dia korang kena berfikir dengan cepat untuk hasilkan jawapan yang kreatif dan tak akan membuatkan korang masuk perangkap. Itu pentingnya korang kena buat research dulu sebelum pergi interview. Dan jangan sesekali kata korang tak ada weakness… Masing – masing ada weakness maaa… Ingat! Buat research habis – habis dulu.

6.           Lastly, amat recommended korang sampai awal kat tempat interview tu. Pastikan diri korang dah selesa ngan tempat tu sebelum interview supaya hilang sikit nervous dan kurang pressure. Kalau korang sampai last minute, tak tahu group mana la, dengan gelabah lagi. Susah doe! Jangan buat perkara yang makan diri ok? Then, masuk bilik interview, bagi la salam ataupun cakap ” Good morning” atau apa – apa yang patut kat interviewer tu. Pastu dia dah minta duduk, pastu baru duduk. Kena jaga adab masa kena interview. Jangan main – main ngan kerusi plak. Siap main pusing – pusing lagi. Ini memang nak kena pelempang sebiji nih! Hahaha… All the best!

P/S : Tenang jer dari saat masuk ke bilik interview sampai korang habis… Senyum sokmo!  🙂

Advertisements

Permalink Leave a Comment